UMNO 77 Tahun: Sambutan Serentak Raikan Ulang Tahun UMNO

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tumpuan apabila akan berlangsungnya Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-77, pada esok, 11 Mei.

Kehadiran para tetamu jemputan adalah dijadual seawal jam 6.30 petang, sambutan dimulakan dengan menunaikan solat Maghrib serta bacaan Yasin dan tahlil di Surau Ar-Rahman, Menara Dato’ Onn di sini.

Acara kemuncak sambutan ini adalah amanat daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan disiarkan secara langsung di platform Facebook UMNO Online sebelum solat Isyak.

Mengakhiri sambutan ini, para tetamu yang hadir diraikan dengan jamuan makan malam bersama kepimpinan tertinggi parti.

Sambutan ini juga diadakan secara serentak melibatkan 12 negeri sebagai platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli parti.

Ulang tahun UMNO yang disambut setiap tahun pada 11 Mei merupakan manifestasi ahli parti dalam menunjukkan semangat perjuangan parti tidak pernah luntur dalam meniti usia emas parti.

Sambutan ini juga antara lain sebagai platfrom memperkukuh perpaduan dan solidariti dalam kalangan pendukung UMNO. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.