Pembangkang Dibidas, Kuman Seberang Laut Nampak, Yang Depan Mata Tutup Sebelah Mata

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Ketua  Penerangan UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal membidas sikap serta gelagat pembangkang negeri itu berhubung peruntukan kepada mereka.

Jelas beliau mereka mengambil contoh kononnya sepertimana amalan di Kelantan dan Terengganu, peruntukan untuk pembangkang disalurkan sedangkan pada hakikatnya perkara itu tidak berlaku.

“Agak geli hati melihat gelagat wakil-wakil rakyat pembangkang. Bersungguh-sungguh mereka gesa dan desak Kerajaan Negeri Pahang untuk salurkan peruntukan kepada mereka.

“Kata mereka, itu amalan di negeri-negeri yang mereka tadbir iaitu Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua negeri tersebut kononnya memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang di sana.

“Kerana terdesak, mereka reka cerita. Kerana terdesak, mereka sebarkan kekeliruan yang sebenarnya tidak pun memihak kepada mereka. Cerita sebenarnya, pada tahun ini, Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu tidak langsung beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Sebaliknya, tegas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang berbuat demikian.

“Ketika Ramadan baru-baru ini sahaja, Kerajaan Negeri Pahang telah salurkan RM5,000 kepada semua wakil rakyat pembangkang.

“Tetapi sudah lumrah mereka yang terdesak. Yang baik mereka sorok. Yang jelik mereka sorak. Kuman sebarang laut mereka nampak. Gajah depan mata mereka sepak,” tambahnya. – UMNO-Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.