Nurul Amal Santuni Ketua Puteri Tambun, Doa Bertabah Hadapi Ujian Kemalangan Jalan Raya
KUALA LUMPUR, 10 Mei – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menyantuni Ketua Puteri Bahagian Tambun, Raja Zarwatin Najah Raja Aznan yang ditimpa musibah kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Lebih menyayat hati, kemalangan itu juga mengakibatkan ibunya, Roaini Tan Jalil meninggal dunia di tempat kejadian.
“Berat ujian Raja Zarwatin Najah yang terlibat kemalangan di laluan Sungkai Bidor tempoh hari.
“Lebih menyedihkan bila ibunya meninggal dunia akibat kemalangan itu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Nurul Amal dalam pada itu turut berharap Raja Zarwatin untuk bertabah dengan ujian melanda dan mendoakan Allahyarhamah ibunya ditempatkan dalam kalangan hamba yang soleh.
“Kami Pergerakan Puteri UMNO Malaysia zahirkan simpati dan berkongsi kesedihan atas apa yang menimpa Watin.
“Semoga tabah, sama-samalah kita mendoakan agar roh ibunda tersayang ditempatkan di kalangan kekasih Allah,” ujar beliau.
Terdahulu, media baru-baru ini melaporkan kemalangan membabitkan keluarga Raja Zarwatin di Kilometer 349.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, Tapah, pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, mangsa, Roaini meninggal dunia manakala cucu, Puteri Raisya Ailana Sadri, 5, parah. – UMNO Online