Sokongan Rakyat, Akar Umbi Parti Meriahkan Sambutan Aidilfitri Madani – Noraini

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan yang berjaya menganjurkan sambutan Aidilfitri bersama rakyat.

Ini kerana katanya Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani ini berjaya mencapai sasaran dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengetengahkan konsep Malaysia Madani.

“Saya mengucapkan tahniah pada kerajaan perpaduan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di atas penganjuran rumah terbuka dan konsep yang dibawa ini.

“Ramai rakyat datang berpusu-pusu untuk bersama dan meraikan sambutan hari raya Aidilfitri, ini menunjukkan bahawa tidak perlu dipertikaikan lagi keupayaan kerajaan Malaysia Madani.

“Kita lihat ‘support’ tu memang ada daripada akar umbi dan ramai yang hadir serta beri sokongan serta teriakan itu menunjukkan bahawa ramai yang menyokongnya. Kita perlu bersama menyemarakkan lagi semangat perpaduan antara pelbagai kaum dan juga parti-parti yang terdapat di dalam negara ini,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong menjelaskan rakyat sekarang ini melihat serta memerhati kemesraan pemimpin-pemimpin parti antara satu sama lain di bawah naungan Kerajaan Perpaduan.

“Alhamdulillah… kesepakatan di dalam Kerajaan Perpaduan ini sangat rapat dan toleransi antara lain, berkerjasama antara satu sama lain dan tentunya nak menjayakan sesuatu itu harus ada kesepakatan antara parti.

“Kita melihat sendiri bagaimana ramainya rakyat yang hadir pada sambutan Aidilfitri ini untuk bersama pemimpin dan semua parti pun turut berkerjasama menjayakan program ini,” katanya lagi.

Terdahulu Kerajaan Persekutuan hanya terlibat dalam penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri 2023 di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.