Jangan Polemikkan Konsep ‘Rahmah’ … ‘Isi’ Dan Ketahanan Lebih Penting – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 27 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengingatkan semua pihak agar tidak mempolemikkan konsep ‘Rahmah’ yang telah dicetuskan oleh para pemimpin Kerajaan Perpaduan dalam usaha meringankan beban rakyat.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau turut beranggapan bahawa apa yang lebih penting ialah ‘isi’ dan ketahanan sesuatu usaha untuk membantu rakyat.

“Menurut Wan Ji Wan Hussien konsep ‘Rahmah’ adalah idea Dr. Mujahid Yusof Rawa. Dia bekas Menteri Agama.

“Sebenarnya tidak perlu dipolemikkan siapa pencetusnya. Yang penting isinya dan mesti sustainable (tahan lama). Jangan hangat hangat tahi ayam,” katanya.

Ujarnya lagi, menukar jenama sesuatu skim tidak akan membantutkan usaha untuk membantu rakyat melainkan ianya tertangguh ataupun terbatal.

“Lagi pun ada apa pada nama. Klinik 1Malaysia pun Rahmah. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) pun Rahmah. Semoga menu Rahmah kekal. Tol Rahmah setiap kali musim perayaan lagi bagus.

“Tukar jenama tak apa. Seperti daripada BRIM kepada Bantuan Sara Hidup (BASAH). Asalkan Rahmah. Tetapi jangan tangguh atau batal. Itu hobi Tun M,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.