Sambut Lebaran… Eratkan Silaturahim, Maaf Bermaafan Sesama Kita – Hisham Suhaily


KUALA LUMPUR, 24 April – Exco Wanita UMNO, Hisham Suhaily Othman menyeru seluruh umat Islam yang menyambut lebaran pada tahun ini untuk mengeratkan silaturahim dan melupakan segala salah serta silap.

Beliau turut mengajak Wanita UMNO supaya menjadikan Aidilfitri tahun ini sebagai medan untuk berbaik semula dan mengukuhkan lagi semangat pasukan.

“Di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat hari raya Aidilftri kepada semua, terutamanya istimewanya kepada Wanita UMNO seluruh negara.

“Jadikanlah raya tahun ini tahun untuk kita semua berbaik semula, bermaaf-maafan, mengeratkan silaturrahim, melupakan segala kesalahan dan kesilapan,” katanya kepada UMNO Online.

Dalam kesibukan dan kemeriahan menyambut lebaran, beliau turut mengingatkan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan tiba tidak lama lagi dan seluruh jentera Wanita UMNO perlu memberikan fokus sepenuhnya.

“Saling bermaafan, kita kukuhkan dan kuatkan balik pasukan Wanita UMNO. Pada hari raya ini juga kita berkunjung sesama rakan dan taulan kita, eratkan semula hubungan silaturrahim.

“…dan jangan lupa selepas raya kita ada lagi satu perayaan besar iaitu PRN. Kita bertemu di negeri Kedah nanti selepas raya. Tidak boleh beraya lama-lama, sebab kita perlu untuk terus fokus kepada PRN yang bakal tiba,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.