Sambut Lebaran … Tengku Adnan Ingatkan Rakyat Agar Sentiasa Jaga Kesihatan

PUTRAJAYA, 21 April – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan rakyat agar sentiasa menjaga kesihatan dan menjaga jarak sosial semasa musim perayaan Aidilfitri memandangkan terdapat varian baharu COVID-19 muncul baru-baru ini.

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut lebaran dan berharap agar Aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh kemesraan dan kegembiraan.

“Assalamualaikum semua. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Saya berharap agar semua memastikan rumah dikunci dengan baik, tutup segala perkakas elektrik, paip air dan sebagainya sebelum pulang ke kampung halaman.

“Marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT agar kita merayakan Aidilfitri kali ini dengan penuh kemesraan dan kegembiraan,” katanya kepada UMNO Online.

Di samping itu, beliau turut berharap agar Allah SWT merahmati segala kemenangan yang telah dicapai pada bulan Ramadan.

“Hati-hati, saya juga dengar bahawa varian COVID-19 baharu telah pun dikenal pasti. Jaga jarak sosial, kesihatan dan elakkan pergi ke tempat yang ramai orang.

“’Stay safe’, selamat hari raya, maaf zahir batin. Semoga Allah SWT merahmati apa yang kita lakukan di atas kemenangan kita capai pada bulan Ramadan,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.