Salam Aidilfitri, Moga Kejayaan Menempuh Dugaan Terus Diberkati Allah – Ab Rauf


KUALA LUMPUR, 21 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusuh mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua penyokong-penyokong parti termasuklah rakyat keseluruhannya.

Ujarnya, sempena hari raya ini beliau mengharapkan agar kejayaan menempuh pelbagai dugaan akan terus diberkati Allah SWT.

“Saya mengharapkan supaya kejayaan kita menempuh dugaan walaupun ini adalah satu kejayaan maka kita akan terus diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka turut memberikan ucapan kepada warga negeri terbabit.

“Kepada semua rakyat Melaka yang bersama-sama dalam kejayaan kita bertemu bulan Ramadan ini, saya sekali lagi memohon kita teruskan beristiqamah dalam kita membangunkan Melaka untuk masa depan kita.

“Insya-Allah kita berusaha bersungguh-sungguh, Melaka akan terus menjadi negeri yang maju jaya, rakyat bahagia dan damai. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.