Perantau Pulang Ke Kampung Pandu Kereta Berhemat, Sambut Aidilfitri Dengan Lebih Meriah

KUALA LUMPUR, 21 April – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi menasihatkan perantau yang pulang ke kampung halaman masing-masing pada sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk memandu dengan berhati-hati.

Katanya, memandu dalam keadaan bertenang amat penting bagi memastikan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan ketika berada di atas jalan raya.

“Para perantau yang pulang balik ke kampung saya nasihatkan berhati-hati di jalan raya… kalau penat jangan paksa, berehat dahulu kemudian sambung balik.

“Insya-Allah yang dikejar di kampung tidak lari, jadi saya mengambil kesempatan ini untuk ucapkan selamat hari raya… maaf zahir dan batin, bersama-sama kita rayakan sambutan kali ini dengan lebih meriah,” katanya.

Sementara itu seorang lagi Exco, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan turut mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan kepada rakan-rakan yang mengenali dirinya.

Katanya sambutan hari raya ini adalah simbolik kemenangan kepada umat Islam setelah melaksanakan ibadah puasa pada Ramadan lalu.

“… dengan penuh rendah diri memohon ampun dan maaf kepada semua Pemuda UMNO seluruh malaysia.

“Selamat hari raya kepada seluruh umat Islam, meraikan hari kemenangan selepas kita melaksanakan ibadah puasa selama sebulan.

“Saya dan juga keluarga ingin memohon ampun dan maaf menyusun sepuluh jari dari hujung rambut ke kaki sekiranya ada kesilapan atau tersalah cakap sepanjang setahun ini. Rayakan hari kemenangan ini dengan gembira dan bersyukur kepada Allah,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.