Tingkatkan Jalinan Ukhuwwah, Hati-Hati Agar Selamat Sampai Ke Destinasi – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 20 April –  Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh ahli parti serta seluruh umat Islam di negara ini dan berharap jalinan ukhuwwah dapat ditingkatkan sebaiknya.

Pada masa yang sama beliau turut mengajak untuk sama-sama melahirkan rasa syukur kepada Allah swt atas segala nikmat yang dikurniakan.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ahli UMNO seluruh negara dan juga  rakyat beragama Islam amnya.

“Saya juga berharap supaya masing-masing berhati-hati di jalan raya …kalau boleh atur perjalanan dan elakkan perkara yang tidak dikehendaki,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau seterusnya berpesan agar  masing-masing berhati-hati sepanjang musim perayaan terutama untuk pulang ke kampung halaman dan sebagainya.

“Yang utama dan penting adalah kita selamat sampai ke destinasi atau ke kampung halaman untuk berhari raya bersama keluarga tersayang.  Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin,” tambahnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.