Semoga Dipertemukan Lagi Ramadan Akan Datang, Salam Aidilfitri – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 20 April – Aidilfitri bukan sahaja menandakan kemenangan selepas sebulan umat Islam menjalani ibadah puasa sebaliknya ianya penuh sarat dengan makna, sejarah dan nilai yang tersendiri.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Salleh menzahirkan salam Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat.

“Semoga hari raya tahun ini memberikan seribu makna kepada kita semua. Semoga kita semua akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT dan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki untuk bertemu kembali bulan Ramadan yang akan datang, insya-Allah.

“Selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia saya mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia serta ahli UMNO Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau mengharapkan agar umat Islam di negara ini dapat mengeratkan silaturahim dan bermaafan.

“Jangan lupa kalau balik kampung ini berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang. Paling penting kita sesama umat Islam kena eratkan tali persaudaraan sesama kita dan memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah dan terkasar bahasa,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.