Kukuhkan Perpaduan Di Aidilfitri, Jangan Lupa Masyarakat Lain – Khaled

KUALA LUMPUR, 20 April – Aidilfitri yang disambut seluruh umat Islam di negara  ini boleh  dijadikan landasan sebaiknya untuk masing-masing mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun suasana Aidilfitri disambut sederhana namun amat penting silaturahim diperkukuhkan selain memupuk perpaduan di negara ini.

“Kepada semua umat Islam di negara ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

“Saya mendoakan mudah-mudahan hari raya Aidilfitri pada tahun ini dapat disambut dengan keadaan yang sederhana tetapi pada masa yang sama turut mengambil kira peluang untuk memupuk silaturahim dan persaudaraan antara kita,” katanya kepada UMNO Online.

Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi seterusnya berharap dalam suasana memyambut Aidilfitri  masyarakat dan mereka yang memerlukan tidak dilupakan sama sekali.

“Saya juga berharap masing-masing berhati-hati khususnya warga perantau yang akan pulang ke kampung halaman. Saya mendoakan agar selamat sampai ke destinasi yang dituju, insya-Allah.

“Akhir kalam saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.