Menjelang Aidilfitri, Selamat Memandu… Semoga Selamat Sampai Ke Destinasi – Shahaniza

KUALA LUMPUR, 18 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin meminta pengguna jalan raya berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing menjelangnya cuti perayaan.

Katanya, pesanan tersebut khususnya buat perantau yang akan pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

“Selamat hari raya kepada semua, kepada para perantau yang akan pulang ke kampung berhati-hati di jalan raya, ingat orang tersayang.

“Hendak raya jangan tergopoh-gopoh insya-Allah kita akan dapat beraya dengan tenang,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau dalam pada itu berharap hari raya ini menjadi simbolik kepada pengukuhan yang utuh dalam kalangan ahli parti.

Katanya ini penting dalam memperteguhkan parti keramat ini menuju ke masa hadapan parti yang lebih baik.

“Dan kepada ahli-ahli UMNO di luar sana marilah sama-sama kita bermaafan dan beriltizam menguatkan parti keramat yang kita kasihi ini,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.