Terus Prihatin Rakyat, UMNO Bukit Gantang Santuni Petugas Barisan Hadapan

KUALA LUMPUR, 17 April – Bersempena bulan mulia Ramadan, UMNO Bahagian Bukit Gantang berbesar hati menyantuni rakyat dengan mengadakan Program Singgah Sahur.

Memfokuskan kepada petugas barisan hadapan, program yang dilaksanakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu menyampaikan pek makanan untuk juadah bersahur.

“Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang menganjurkan Program Singgah Sahur bersama petugas barisan hadapan dan penjaga keselamatan yang sedang bertugas sekitar Parlimen Bukit Gantang.

“Dibahagikan Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang kepada tiga kumpulan bagi mempercepatkan proses pengedaran juadah sahur yang kami bekalkan.

“Alhamdulillah pada jam 1.45 pagi kami semua selesai mengedarkan 160 pack Juadah Bersahur di seluruh Parlimen Bukit Gantang,” kata Ketua Pemudanya, Mohd Adri Adha Mohamad menerusi satu hantaran di Facebook.

Turut hadir adalah Ketua UMNO Bahagian, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie; Naib, Ahmad Saidi Mohamad Daud serta barisan kepimpinan bahagian. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.