Ceriakan Aidilfitri, Puteri UMNO Laksana Program Singgah Sahur Bersama Gelandangan

KUALA LUMPUR, 17 April – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengambil kesempatan sempena Ramadan dengan melaksanakan Program Singgah Sahur bersama gelandangan.

Melalui program tersebut Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dan barisan kepimpinan Puteri Wilayah Persekutuan menyantuni gelandangan dengan menyampaikan keperluan makanan kepada golongan tersebut.

“Malam tadi Pergerakan Puteri UMNO Malaysia turun menyantuni para gelandangan sekitar ibu kota Kuala Lumpur sempena Program Singgah Sahur bersama gelandangan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Barangan pakaian turut sama diberikan kepada mereka sebagai ihsan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Beliau dalam pada itu turut sama mengharapkan bantuan tersebut dapat memberikan ruang kegembiraan kepada mereka.

“Semoga perkongsian yang sedikit ini dapatlah menceriakan mereka semua,” ujar beliau. – UMNO Online.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.