Merakyatkan Pemuda UMNO, Santai Iftar Bersama Rakyat Di Dataran Putrajaya

KUALA LUMPUR, 11 April – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berbesar hati bersama rakyat menyertai Santai Iftar di Dataran Putrajaya, Presint 3, semalam.

Tanpa protokol dan hidangan, ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh bersama barisan exco berkesempatan berbuka bersama selepas menghadiri mesyuarat di Putrajaya.

“Merakyatkan Pemuda UMNO. Selesai program di Putrajaya, ajak geng-geng Exco Pemuda UMNO Malaysia berbuka di Dataran Putrajaya bersama dengan orang ramai.

“Tiada protokol,tiada hidangan khas… semua sama sahaja,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Membeli makanan bungkusan seperti pengunjung lain, usai berbuka puasa mereka kemudiannya bersama-sama dalam membersihkan kembali sisa plastik dan makanan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.