Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka Pada 25 April – Ab Rauf

ALOR GAJAH, 8 April – Kerajaan negeri akan menganjurkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam pada 25 April ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sambutan di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) pula akan berlangsung mengikut jadual selepas penyelarasan yang akan diumumkan nanti, dan sehubungan itu semua penduduk Melaka dijemput hadir pada hari berkenaan untuk sama-sama meraikannya.

“Rumah Terbuka Aidilfitri Perhubungan UMNO peringkat Negeri Melaka pula akan dianjurkan di Kampung Pulau, dengan tarikhnya akan diumum kelak,” katanya kepada media ketika ditemui di Majlis Tautan Kasih 2023 Universiti Melaka (UNIMEL) di sini hari ini yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri merangkap Canselor UNIMEL Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama pengerusi Yayasan Taqwa-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Prof. Dr Mohd Roslan Mohd Nor.

Pada majlis berkenaan pelbagai bentuk sumbangan disampaikan termasuk komputer riba kepada 20 penuntut UNIMEL dengan peruntukan RM66,596, bantuan yuran kepada 89 penuntut Kolej Antarabangsa Sains dan teknologi Melaka (MiCoST) dan sumbangan program Jom Ke Sekolah 2023 yang berupa set persekolahan bernilai RM148.10 kepada 500 penerima yang kurang berkemampuan di sekitar negeri ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.