Ziarah Kasih Ramadan Labuan Gamit Rindu Rakyat Pada Pentadbiran UMNO/BN

LABUAN, 6 April – Hanya UMNO/Barisan Nasional (BN) yang mampu untuk membawa negara ke arah kestabilan dan kemakmuran berdasarkan rekod lebih dari 60 tahun memerintah khususnya menjaga kebajikan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata, perkara ini dizahirkan oleh ahli-ahli di akar umbi ketika UMNO bahagian itu turun padang melakukan program ‘Ziarah Kasih Ramadan’ yang sedang berlangsung di Pulau Bebas Cukai itu sempena bulan Ramadan tahun ini.

Menurut Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, rata-rata rakyat merindukan zaman pemerintahan UMNO/BN yang sentiasa menitikberatkan soal kebajikan tanpa mengira ideologi politik, kaum dan agama.

“Pendekatan dan gerak kerja UMNO/BN dalam soal menjaga kebajikan rakyat memang berbeza dengan parti-parti lain. Ini kerana kita sentiasa turun padang menyantuni rakyat yang ditimpa musibah.

“Sememangnya inilah kelebihan dan budaya kerja yang kita terapkan dalam kepimpinan UMNO khususnya di bahagian Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO Online ketika ditemui selepas melakukan Ziarah kasih Ramadan di Kampung Rancha-Rancha Laut baru-baru ini.

Menurut Mohd Rafi, bagi memastikan kewujudan UMNO itu sendiri ada bersama rakyat maka pendekatan program kali ini digerakkan bersama dengan kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi.

“Kita mahu fungsi dan peranan UMNO itu tidak hanya digerakkan oleh kepimpinan bahagian tapi pemimpin akar umbi perlu terlibat agar UMNO itu benar-benar dirasai kehadirannya oleh ahli dan rakyat,” jelas beliau.

Beliau yang diwakili oleh Ketua UMNO Cawangan Rancha-Rancha Laut, Rosman Hussein dan kepimpinan UMNO bahagian turut mengaih-agihkan sumbangan kewangan dan bakul makanan kepada 500 orang penerima.

Bagi Rosman, pendekatan yang dilakukan oleh Ketua UMNO bahagian yang melibatkan secara langsung UMNO di peringkat cawangan-cawangan merupakan pendekatan terbaik dengan penjanaan UMNO sebagai sebuah organisasi yang berfungsi di semua peringkat.

Katanya, majoriti ahli UMNO yang ditemui bersetuju hanya UMNO/BN yang dapat membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara malah pentadbiran UMNO/BN berbeza dengan parti parti lain.

“Sebenarnya rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan corak pemerintahan UMNO/BN yang banyak menabur jasa kepada rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.