‘Ramadan Wanita Pandan’ Strategi Dekatkan UMNO Bersama Masyarakat

KUALA LUMPUR, 5 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berbesar hati memanfaatkan Ramadan dengan menggerakkan program turun padang bersama jentera parti sebagai platform bagi mendekatkan parti kepada masyarakat.

Melalui Ramadan Wanita UMNO Bahagian Pandan yang diadakan baru-baru ini, beliau bersama jentera Wanita mengambil pendekatan mengadakan ‘rewang’ dalam menyediakan makanan juadah bersahur untuk diagihkan kepada penduduk sekitar.

“Bermula program pertama bulan Ramadan serentak Wanita UMNO Pandan. Kami dapat bergoyong royong memasak sahur dan mengagihkan makanan sahur untuk penduduk di Taman Nirwana Fasa 1.

“Menu memang best sangat ayam kicap ubi kentang dan ikan bilis goreng dengan bawang air tangan chef kesayangan kami iaitu Kak Ida Rezwin AJK Bahagian merangkap ketua UMNO cawangan, memang terbaik.

“Terima kasih Abang Jamal dan kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Pandan yang turut bergotong-royong dan bersahur bersama,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga ketua Wanita bahagian turut memaklumkan menjelajah 30 cawangan dalam mengeratkan silaturahim sempena bulan mulia di samping menyediakan makanan berbuka secara bersama.

“Alhamdullillah semalam program serentak Wanita UMNO Bahagian Pandan di semua 30 cawangan dalam Dewan Undangan Negeri Pandan Indah berjalan dengan baik dan lancar.

“Meriah sangat dengan pelbagai aktiviti yang dibuat di cawangan masing-masing. Ada yang buat bersahur, bubur lambuk, bubur kacang, bubur jagung, bubur cha-cha, sup kambing dan ada yang buat berbuka puasa. Semuanya untuk diagihkan, diedarkan dan bersama dengan penduduk di tempat masing-masing.

“Tahniah kepada semua ketua-ketua wanita cawangan kesayangan saya yang begitu komited dan bersemangat di bulan Ramadan ini. Moga program ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada kita semua di bulan yang mulia ini,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.