Exco Kerajaan Negeri Melaka, Akmal Tekad Laksana Amanah Sebaiknya

KUALA LUMPUR, 5 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh telah dilantik sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu turut bertekad untuk melaksanakan amanah yang dititipkan sebaiknya.

“Dari menjaga doktor, pembantu perubatan dan jururawat kepada menjaga petani, nelayan dan semua orang kampung di negeri Melaka.

“Satu tanggungjawab yang lebih besar. Doakan Allah permudah segala urusan kami. Saya serahkan segala jiwa dan raga untuk melakukan sehabis baik saya,” ujarnya.

Hari ini media melaporkan bahawa tiga muka baharu termasuk seorang daripada Pakatan Harapan mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka manakala dua orang ADUN digugurkan daripada senarai berkenaan.

ADUN Kesidang Seah Shoo Chin yang menjadi wakil tunggal PH dan dilantik sebagai Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, merupakan antara 10 barisan Exco negeri yang mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dalam istiadat bermula jam 8.00 pagi tadi.

ADUN Kesidang Seah Shoo Chin yang menjadi wakil tunggal PH dan dilantik sebagai Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, merupakan antara 10 barisan Exco negeri yang mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dalam istiadat bermula 8 pagi tadi.

Dua lagi muka baharu ialah ADUN Asahan Fairul Nizam Roslan yang dilantik sebagai Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital; dan ADUN Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer sebagai Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan.

Sementara itu, dua ADUN yang digugurkan ialah ADUN Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis yang sebelum ini memegang portfolio Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan serta ADUN Serkam Datuk Zaidi Attan yang menjawat jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.