Wan Rosdy Harap Kewujudan Taman Karavan Pahang Bakal Rancakkan Industri Pelancongan

BENTONG, 4 Apr – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar kewujudan Taman Karavan pertama di Pahang akan merancakkan industri pelancongan di negeri ini.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Menteri Besar Pahang itu telah menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi pembangunan kawasan pelancongan tersebut.

“Sebelum bermulanya mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini, saya menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi pembangunan Taman Karavan di Pantai Hiburan Rompin antara Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang dengan Helmut Knaus KG Campingparks di Majlis Perbandaran Bentong.

“Saya berharap menerusi MoU ini rancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan Taman Karavan pertama di Malaysia ini akan terlaksana terutamanya dalam merancakkan industri pelancongan di negeri ini,” katanya.

Pada Mei tahun lalu media melaporkan bahawa Pahang melakar sejarah automotif negara apabila bakal membangunkan industri pembuatan caravan di rantau Asia setelah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Caravaning Industry Association (CIVD) di Jerman pada 14 Mei 2022.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, melalui persefaham tersbut, ia dijangka mampu menarik pelaburan mencecah RM500 juta kepada negeri itu.

Ia sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan yang menarik dan kompetitif untuk warga tempatan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.