Mohd Naim Aplikasi Ramadan Dekatkan UMNO/BN Bersama Masyarakat Luar

SANDAKAN, 4 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan Mohd Naim Kurniawan Moktar mengaplikasi Ramadan dengan menggerakkan program turun padang bersama jentera pemuda Barisan Nasional/UMNO sebagai platform bagi mendekatkan parti kepada masyarakat luar.

Katanya, ini penting agar masyarakat lebih memahami aspirasi dan perjuangan parti keramat ini dalam memelihara kestabilan politik, keamanan, kemajuan dan kebajikan rakyat.

Dalam hal ini, sebanyak 300 pek cendol bakal diagih-agihkan kepada penduduk setempat melalui program ‘Ramadan Bersama Barisan Nasional (BN)’ anjuran Pergerakan Pemuda BN/UMNO Kinabatangan bersama belia setempat yang akan dimulakan di Kampung Linayukan Kinabatngan pada petang jumaat ini.

Menurut Mohd Naim yang juga Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, program ini akan menampakkan sedikit kelainan dengan penglibatan Pemuda dan belia setempat bergotong-royong membuat cendol.

“Biasa kita melihat pembuatan cendol dimonopoli oleh golongan wanita atau kaum ibu tapi untuk program ini Pemuda ‘berkongsi rezeki’, kami akan gunakan sepenuhnya tenaga orang muda iaitu dari proses membuat sehinggalah mengagih-agihkanya kepada orang ramai,” katanya.

Jelasnya, program tersebut merupakan salah satu program untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan tahun ini.

“Bagi Pemuda UMNO/BN bukan kerana agihan berkongsi rezeki ini kepada orang ramai namun yang penting ialah jalinan kerjasama antara Pemuda UMNO/BN bersama beliawanis setempat untuk diterjemahkan dalam ikatan ukhuwah yang sejati.”

Malah katanya program seperti ini juga akan mendekatkan lagi parti serta kepimpinan tempatan bersama ahli dan rakyat diperingkat akar umbi tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

Selain itu Mohd Naim berkata program seperti ini juga akan merubah persepsi terhadap UMNO iaitu sebuah parti politik yang bersifat inklusif dan bukannya eksklutif

“Jangan persoal sudah tidak sokong UMNO? Ini kerana jika kita mahu mendapat sokongan dari orang luar parti dan pemimpin perlu berubah dari segi pendekatan dan kesesuaian program.

“Kita tidak boleh menjadi parti yang syok sendiri tapi mesti melakukan pendekatan yang mesra dan boleh menarik orang luar bersama UMNO,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.