Depani PRN… Insya-Allah UMNO/BN Bersedia – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 4 Apr – UMNO/Barisan Nasional (BN) telah bersedia untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pengarah Koordinasi Pilihan Raya Negeri (PRN) merangkap ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Jabatan Pilihan Raya UMNO pagi tadi.

“Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Jabatan Pilihan Raya UMNO Malaysia bersama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Negeri Sembilan dan Negeri Selangor di Ibu Pejabat UMNO Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

“Insya Allah, kita bersedia. Bersatu, bersetia, berkhidmat,” katanya.

Pada Februari lalu media melaporkan, enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu bersepakat untuk membubar Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Terdahulu, keenam-enam negeri itu tidak mengadakan PRN serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.