Puteri UMNO Sabah Ikrar Perkukuh Parti, Tarik Sokongan Pengundi Atas Pagar Dan Golongan Muda

KUALA LUMPUR, 3 April – Pergerakan Puteri UMNO Sabah meneruskan ikrar bagi memperkasakan parti di negeri itu bagi memastikan agenda utama untuk membela nasib rakyat terus tercapai.

Ketuanya, Ummi Nabilah Jamal yang baharu dilantik berkata jasa UMNO dalam membawa kemakmuran kepada negara tidak boleh dinafikan.

“Kita juga sedia maklum juga yang UMNO ini parti terlama di Malaysia jadi memang sejak dahulu lagi sewaktu memerintah banyak yang telah UMNO/Barisan Nasional (BN) lakukan secara khususnya yang telah berjasa kepada rakyat lagi pun tiada parti boleh lawan sistemnya,” katanya kepada UMNO Online.

Ketua Pergerakan Puteri Bahagian Papar itu bagaimanapun mengakui bahawa strategi baharu perlu digapai bagi memastikan penarikan minat rakyat kepada UMNO dapat ditingkatkan terutama membabitkan pengundi atas pagar dan golongan muda.

“Cumanya bila banyak penolakan terutama orang muda jadi itu antara salah satu cabaran untuk kami lagi-lagi dengan undi 18 ini. Saya juga mahu fokus dengan cawangan-cawangan sebab macam di Sabah, kami ini lagi banyak pecahan parti jadi untuk tarik semula orang itu susah.

“Kami buat program atau persidangan kadang-kadang orang yang sama sahaja yang datang tapi dalam senarai ahli cawangan banyak sebab masih ada orang lama.

“…ianya memang menjadi cabaran, nanti mesyuarat Puteri negeri mahu fokus kepada isu ini untuk memperkasakan semula perkara ini,” ujar beliau.

Baru-baru ini barisan kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengangkat sumpah jawatan bersama-sama Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dan Naib Ketua, Siti Sokhleha Nordin.

Lafaz ikrar sumpah jawatan dan taat setia ini dibuat bagi sesi baharu iaitu 2023-2026, sebelum menandatangani dokumen ikrar tersebut yang turut disaksikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.