Pemilihan UMNO Signal Kepimpinan Wanita Dapat Kepercayaan Akar Umbi – Shahaniza

KUALA LUMPUR, 3 April – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berpandangan Pemilihan UMNO yang berlangsung baru-baru ini memberikan manifestasi baharu kepada kepimpinan wanita.

Katanya ini dapat dibuktikan apabila akar umbi memberi kepercayaan kepada pemimpin wanita termasuk dirinya untuk berada dalam organisasi tertinggi parti.

“Saya rasa sungguh terharu kerana tidak sangka undian yang sangat baik iaitu 159 bahagian yang memberikan undi kepada saya dan meletakkan di kedudukan kelapan daripada 25 orang yang terpilih.

“Ini juga bagi saya satu signal bukan sahaja kepada saya bahkan kepada parti bahawa kepimpinan wanita, sudah mula diterima oleh akar umbi UMNO untuk sama-sama menerajui pucuk kepimpinan parti dan menentukan hala tuju,” katanya kepada UMNO Online.

Sementara itu, mengulas lanjut beliau yang juga turut mengekalkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Maran turut terharu dengan sokongan diberikan oleh akar umbi di bahagian berkenaan.

Beliau malah berjanji untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya termasuk menguatkan lagi sokongan rakyat kepada UMNO sebagai usaha merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Luit, Kuala Sentul Dan Chenor dan Parlimen Maran pada pilihan raya akan datang.

“Saya juga sungguh terharu dengan kepercayaan yang diberi oleh perwakilan akar umbi di UMNO Bahagian Maran kerana memberikan mandat yang agak besar kerana mojiriti 400 lebih.

“… ianya satu mandat yang sangat serius kerana kepercayaan daripada mereka untuk saya membawa perubahan kepada UMNO Bahagian Maran bagi memastikan kita kembali kuat dan merampas kembali semua kerusi yang kita tewas,” ujar beliau.

Untuk rekod MKT sesi ini menyaksikan tiga kepimpinan wanita mendapat mandat daripada akar umbi iaitu Shahaniza, Datuk Zahida Zarik Khan dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.