Dr Asyraf Seharian Di Gerik, Tempat Yang Amat Dekat Di Hatinya

GERIK, 1 April – Setiausaha Agung UMNO yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini berbesar hati meluangkan masa beliau seharian berada di kawasan Gerik yang amat dekat di hatinya iaitu kawasan yang pernah ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Beliau mengambil kesempatan berbuka puasa bersama pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu dan komuniti MARA Perak.

Berkesempatan beramah mesra bersama para pelajar, Dr Asyraf secara bersemuka bertemu dan menitipkan harapan kepada mereka untuk menimba ilmu dengan sebaiknya sebagai manfaat kepada keluarga dan masyarakat.

Usai berbuka puasa, Dr Asyraf juga turut sama menunaikan solat fardhu Magrib dan tarawih di surau sekolah berkenaan.

Pada sebelah petang, beliau turut sama berkesempatan bertemu dengan warga komuniti MARA Perak sebagai sesi perkongsian berkenaan hala tuju yang akan dilakukan beliau sebagai Pengerusi MARA.

Beliau juga pada malam ini berkunjung ke Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Hulu untuk bermoreh bersama pasukan keselamatan, turut hadir adalah Ketua UMNO Bahagian Gerik, Datuk Aznel Ibrahim.

Terdahulu awal pagi tadi, Dr Asyraf turut kesempatan ke MRSM Gerik untuk bersahur bersama para pelajar dan pendidik sebagai pertemuan ramah mesra beliau ke sekolah berkenaan.

Dalam siri kunjungan ke Gerik hari ini, beliau juga melakukan ziarah kasih di Felda Bersia 2, Bersia Lama, Kuala Rui, Air Suda 2 bagi menyampaikan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.