Hargai Semangat Wanita UMNO Seluruh Negara, Sentiasa Dukung Parti – Noraini

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berbesar hati melihat semangat Wanita UMNO seluruh negara yang sentiasa mendukung parti keramat ini.

Katanya ini kerana perkara tersebut dapat dilihat apabila komitmen yang ditunjukkan mereka apabila menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan bagi memberi sokongan kepada kepimpinan tertinggi parti terutama Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang pada ketika ini melakukan jelajah tersebut.

“Saya berkesempatan berbuka puasa di negeri Pahang pula bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam Majlis Santunan Kasih Ramadan yang telah diadakan di Masjid Kampung Lebu, Bentong, Pahang.

“Turut bersama Menteri Besar Negeri Pahang merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dan kepimpinan UMNO Pahang empat peringkat.

“Terima kasih Wanita UMNO Pahang! Semoga ukhwah sesama kita terus utuh,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Noraini turut bersama-sama turun padang dalam jelajah siri kelima Majlis Santunan Kasih Ramadan yang diadakan di beberapa buah negeri sebelum ini iaitu Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Terengganu dan Pahang. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.