Pemimpin UMNO Terus Prihatin Rakyat, Khaled Sampaikan Bantuan Sempena Ramadan

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berbesar hati turun ke kawasan dalam mendekati golongan yang kurang berkemampuan.

Bertepatan dengan Ramadan ini, beliau mengambil kesempatan dengan menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf dan juga mangsa banjir.

“Sempena Ramadan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan beberapa manga banjir bertempat di Balai Raya Kampung Tembioh, Kota Tinggi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sedili, Muszaide Makmor serta pemimpin tempatan.

Mohamed Khaled pada masa sama turut berharap sumbangan disampaikan itu dapat meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan termasuk mangsa banjir.

“Semoga dengan bantuan yang diberikan ini mampu meringankan beban mereka lebih-lebih lagi kepada penerima beragama Islam yang sedang menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadan kali ini memberi rahmah dan keberkatan kepada kita semua,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.