Wanita UMNO Malaysia Terus Prihatin, Ziarah Menyusur Akar Sempena Ramadan

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Wanita UMNO Malaysia meneruskan keprihatinan apabila melakukan Ziarah Menyusur Akar ke beberapa kawasan di Parit Sulong dengan melakukan kunjungan sempena Ramadan.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad melalui hantaran di Facebook memaklumkan kunjungan tersebut sebagai mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakyat termasuk jentera parti.

“Melalui program Ziarah Menyusur Akar di kawasan , saya menyantuni beberapa buah keluarga lagi di Kampung Parit Awang. Terima kasih kepada Ketua Kampung, Salman Al Parisi dan Ketua Cawangan, Nasir Napis yang membawa saya ke rumah keluarga Nasir Omar, Zaiton Bedol dan Nazrulfahmi Sulaiman.

“Juga berkesempatan menyantuni beberapa keluarga di Kampung Semerah Darat. Terima kasih kepada Ketua Kampung, Nordin Sujak yang membawa saya ke rumah keluarga Mokhtar Pakeh dan Takerip Kasidi.

“Sama-sama kita doakan agar keluarga Parlimen Parit Sulong akan sentiasa berada di dalam lindungan Allah swt hendaknya. Semoga insan-insan istimewa ini terus diberikan kesihatan yang baik dalam meneruskan kehidupan seharian,” katanya.

Beliau pada masa sama turut berkesempatan berkunjung pula ke Bazar Ramadan Sri Medan dan sempat beramah mesra bersama pengunjung dan peniaga di situ.

“Terdapat pelbagai jenis makanan di jual di sini. Rambang juga mata bila nak memilih untuk juadah berbuka puasa. Jika anda berada berdekatan, marilah datang berkunjung ke tapak Bazar Ramadan Sri Medan,” ujar beliau.

Mengakhiri Ziarah Menyusur Akar beliau memaklumkan turut mengambil peluang berbuka puasa di rumah Ketua UMNO Cawangan Pt. Tegak Laman Tok Saarani yang merupakan salah satu daripada empat UMNO cawangan gugusan Parit Laman.

“Terima kasih kepada Ketua Cawangan dan Ketua Wanita Cawangan yang sama hadir. Seronok dan meriah suasana bila berkumpul beramai-ramai. Juadah berbuka juga penuh terhidang di meja.

“Mereka ini sebenarnya baru sahaja lepas terkena banjir. Semasa banjir, air naik sampai ke pinggang dan ada sampai ke bumbung rumah. Sekarang mereka tengah membersihkan rumah masing-masing.

“Tapi Alhamdulillah, sempat juga semua hadir bersama berbuka puasa. Semoga kehadiran Ramadan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.