Pemuda Lapor Polis, Anjur Pesta Tidak Bermoral Gugat Keharmonian Agama Dan Kaum

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat laporan polis membabitkan penganjuran Pesta Pembukaan Privacy Tun Razak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

Exconya, Datuk Shahrul Nasrun dan Aizat Azam mendesak PDRM mengambil tindakan kepada pihak penganjur di bawah peruntukan undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Laporan polis berkenaan isu penganjuran Pesta Pembukaan Privacy Tun Razak yang tidak bermoral dan menyentuh sensitiviti umat Islam telah dilakukan mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

“Atas ketegasan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh yang mendesak agar program ini dibatalkan, jadi Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian di seluruh negara juga turut membuat laporan polis berkenaan isu yang sama.

“Perbuatan seperti ini tidak perlu wujud kerana ia boleh mengugat keharmonian yang wujud di kalangan kepelbagaian agama dan kaum selama ini,” katanya.

Terdahulu pada Isnin, sebuah akaun Facebook bernama KL NOW memuat naik hantaran mengenai program Thai Hot Guy.

Ianya difahamkan merupakan sebuah acara pertunjukan lelaki di Kuala Lumpur pada penghujung bulan ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.