Perkhidmatan Cemerlang PDRM, Jaga Keamanan Dan Keharmonian Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang selama ini memberikan perkhidmatan cemerlang dalam menjaga keamanan negara.

Beliau menyedari bahawa tugas sebagai anggota polis tidak mudah, kerana banyak cabaran yang dihadapi dalam memastikan kestabilan negara demi kelangsungan hidup rakyat keseluruhannya.

“Negara yang aman dan stabil adalah antara kunci kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Kestabilan ini memangkin kegiatan ekonomi yang rancak, pelaburan asing dan domestik bertambah dan rakyat boleh bergerak ke mana-mana dengan perasaan selamat.
Namun ini semua tidak hadir dengan mudah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook bersempena dengan Hari Polis Ke-216 hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk pada masa sama turut menyeru kepada rakyat bagi memahami peranan PDRM dalam memastikan Malaysia terus aman dan makmur serta dijauhi dari ancaman jenayah dan ketenteraman awam.

“Jadi, adalah penting untuk orang ramai memahaminya, saya mendoakan pasukan PDRM terus cemerlang di dalam melaksanakan mandat yang diamanahkan demi negara dan rakyat,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.