Seludup Diesel, Ahmad Maslan Cadang Usaha Sepadu Disegerakan

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan agar usaha sepadu kementerian-kementerian disegerakan bagi membendung kegiatan penyeludupan diesel.

Tegasnya, berbilion ringgit subsidi diesel diseludup di sempadan dan ianya dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Berbilion ringgit diesel subsidi diseludup di sempadan, di tengah laut dan lain-lain.

“Betapa banyak wang yang sepatutnya rakyat terima untuk bantuan dan pembangunan telah lesap dikaut oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Usaha sepadu kementerian2 mesti disegerakan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Dalam hantaran yang berbeza, beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO itu turut mencadangkan agar akta dipinda untuk kenderaan asing telah diubah suai bagi melakukan kegiatan tersebut.

“Di Kastam Malaysia Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 5 Mac 2023 saya ditunjukkan enam kenderaan pick-up yang diubahsuai untuk seludup diesel yang disubsidi.

“Akta wajar dipinda agar kenderaan asing yang diubahsuai boleh diambil tindakan. Usaha sepadu agensi-agensi wajar dibuat,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.