Pemilihan UMNO: Seramai 383 Calon Layak Bertanding Peringkat Pusat

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) memaklumkan bahawa secara keseluruhannya seramai 383 orang calon layak bertanding pada Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 di peringkat pusat.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad berkata seramai lapan orang menawarkan diri bertanding bagi jawatan Naib Presiden, 95 orang calon bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO; Pengerusi Tetap (2 orang) manakala Timbalan Pengerusi Tetap (10 orang) yang kesemuanya berjumlah 115 orang.

“Pada 26 Februari kita telah menerima calon di peringkat tertinggi seramai 115 calon yang mendaftarkan diri dan kita telah melakukan semakan dari segi kelayakan. Manakala 95 orang bagi Ahli MKT,” katanya menerusi Wawancara Khas Sempena Pemilihan UMNO yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online, malam tadi.

Berikut merupakan jumlah pencalonan bagi Wanita serta sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri:

Wanita UMNO

Pengerusi Tetap: 2 orang
Timbalan Pengerusi Tetap: 4 orang
Ketua: 2 orang
Naib Ketua: 2 orang
Ahli Jawatankuasa (Exco): 60 orang
Jumlah: 70 orang

Pergerakan Pemuda UMNO

Pengerusi Tetap: 7 orang
Timbalan Pengerusi Tetap: 13 orang
Ketua: 5 orang
Naib Ketua: 4 orang
Ahli Jawatankuasa (Exco): 113 orang
Jumlah: 142 orang

Pergerakan Puteri UMNO

Pengerusi Tetap: 2 orang
Timbalan Pengerusi Tetap: 2 orang
Ketua: 6 orang
Naib Ketua: 3 orang
Ahli Jawatankuasa (Exco): 43 orang
Jumlah: 56 orang

Terdahulu, Shahril dalam pada itu memaklumkan bahawa pertandingan ini memberikan signifikan tersendiri apabila ramai dalam kalangan pemimpin muda yang menawarkan diri.

Menurut beliau ini kerana jawatan Exco Pergerakan Pemuda mencatatkan jumlah pencalonon tertinggi dengan 113 orang.

“Pemilihan membuka peluang bagi ramai dan yang menyambut paling ramai di peringkat Exco Pergerakan Pemuda maknanya bagi saya yang melihat keadaan ini ramai muka baharu lebih ramai dari yang biasa-biasa.

“Ini menunjukkan sudah berani untuk menawarkan diri yang mencuba, mempamerkan diri dan bertanding secara sihat,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.