Yakin Presiden Dan Timbalan Ada Misi, Visi Kembalikan Kegemilangan Parti – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yakin Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan mempunyai misi dan visi untuk mengembalikan kegemilangan parti pada masa mendatang.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis merangkap Ahli Parlimen Lipis, rakyat masih mempercayai UMNO sekiranya mendapat satu barisan pimpinan yang mantap serta mempunyai misi dan visi.

“Kami menyokong apa jua misi dan visi apa yang dilakukan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di masa-masa mendatang ini dan beliau mempunyai satu nakhoda yang baik di bawahnya iaitu Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Saya penuh yakin dan sudah pasti bermulanya dari Naib Presiden ini akan membantu Presiden serta percaya calon-calon dari Naib Presiden ini bukan calang-calang orang dan boleh memastikan UMNO boleh kembali bergerak dalam suasana yang dapat diaturkan lebih baik di masa akan datang ini,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Abdul Rahman yang turut mempertahankan jawatan MKT menjelaskan bahawa Presiden dan Timbalannya mempunyai matlamat yang jauh dan ingin melihat parti ini kembali kuat seperti dahulu.

“Beliau mempunyai agenda yang lebih jauh untuk melihat UMNO melangkah lebih kuat, kukuh dan padu. Pemilihan kali ini ianya terbuka kepada Naib Presiden sehingga ke Ahli Majlis Kerja Tertinggi dan dapati pendaftarannya ramai pada hari ini maka itulah gambaran sebuah parti yang mempunyai demokrasi.

“Siapa yang berhak mengikut perlembagaan yang ditetapkan, maka ianya boleh bertanding dan tidak menghalang pada sesiapa pun jua yang hendak bertanding.

“Sudah pasti di peringkat cawangan-cawangan akan memilih pemimpin-pemimpin yang mereka rasakan boleh menerajui dan memulih kembali UMNO,” kata Timbalan Menteri Kerja Raya itu lagi.

Tambah Abdul Rahman, pemilihan kali ini adalah pemilihan yang teratur serta dapat memilih calon-calon yang boleh membantu Presiden dan Timbalan Presiden.

“Yang menang sudah pasti kena berkerja keras dan yang kalah dan tidak semestinya kalah serta boleh berkhidmat. Mereka yang kalah pun bukan calang-calang orang yang masuk bertanding begitu juga dengan sayap-sayap.

“Sayap-sayap UMNO mestilah memastikan bahawa kena berkerja keras dan bantu Presiden dan Timbalan untuk memenangi hati para-para pengundi bagi hadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.