UMNO Tidak Ketandusan Pemimpin Pelapis – Ariff Majid

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Dalam menuju perubahan landskap politik yang lebih dinamik, UMNO membuka peluang kepada setiap orang yang berkelayakan untuk menjawat pelbagai jawatan pada pemilihan UMNO bagi penggal 2023 hingga 2026, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak, Datuk Mohd Ariff Abdul Majid.

Katanya, paling penting calon yang menawarkan diri dapat berkhidmat dengan baik dan diterima oleh semua ahli parti seterusnya parti ini terus kekal relevan.

“UMNO perlu pemimpin-pemimpin muda yang boleh menerajui parti ini tetapi perlu ada gandingan dari orang-orang lama. Di dalam UMNO banyak pemimpin muda yang berkelayakan serta berkebolehan untuk terus membawa dan memperjuangkan parti ini agar ianya terus relevan.

“Dari sudut parti pemimpin-pemimpin UMNO perlu menerima keadaan terkini kerana politik hari ini pengundi muda lebih ramai tambahan pula yang berumur 18 tahun sudah boleh mengundi secara automatik.

“Hakikatnya… UMNO tidak pernah ketandusan pemimpin malah pemimpin-pemimpin muda ini mempunyai karisma dan iltizam yang tinggi demi menguat, memperkukuh serta memperkasakan parti,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas turut menawarkan diri bertanding di Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan berhasrat menyuarakan kehendak anak-anak muda.

“Sekiranya dipilih bagi jawatan MKT ini (saya) berhasrat ingin menyuarakan kehendak-kehendak orang muda yang lebih relevan bagi orang muda.

“Seterusnya mengambil tanggungjawab dalam kepimpinan serta memberikan pandangan dari anak-anak muda di luar sana dan memperjuangkan hak-hak golongan tersebut,” jelasnya.

Tegasnya, ini terbukti jelas keterbukaan UMNO pada pemilihan kali ini dan sesiapa saja boleh menawarkan diri. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.