Pemilihan UMNO Buka Lembaran Baharu Dalam Kepimpinan Parti – Suraya

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob berpandangan Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 membuka lembaran baharu dalam kepimpinan parti.

Katanya ini kerana, ianya membawa rejuvinasi dalam mengetengahkan kepimpinan berpengalaman dan baharu dalam organisasi parti keramat ini sama ada di peringkat Pusat dan akar umbi.

“Pemilihan merupakan suatu yang paling menarik dalam UMNO saya kira setiap kali tahun pemilihan saya bertanding dalam apa jua jawatan dan ini memberi ruang kepada ramai pemimpin-pemimpin baru untuk masuk ke dalam UMNO sama ada di cawangan mahupun peringkat tertinggi sayap dan Pusat

“Peluang ini mesti dilihat sebagai suatu kekuatan kepada UMNO kerana kita ada kumpulan ahli2 yang sentiasa ingin menerajui UMNO

“Proses rejuvinasi ini tidak membawa maksud hanya untuk orang muda tetapi membuka lebih ramai dalam kalangan orang lain yang ingin mengetengahkan kepimpinan mereka untuk berada dalam apa jua jawatan parti,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Suraya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pendang dalam pada itu memaklumkan dirinya turut menawarkan bertanding sebagai mempertahankan jawatannya dalam MKT.

“Saya menghantar borang untuk mempertahankan jawatan dalam MKT dan ingin berterima kasih kepada semua pegawai, jentera serta kakitangan UMNO yang sentiasa membantu selama ini memandang ini adalah penggal yang paling panjang dalam sejarah.

“Jadi saya berharap agar dapat mempertahankan jawatan ini dan diberi sokongan oleh semua bahagian, ahli-ahli semua peringkat,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.