Prihatin Tragedi Gempa Bumi, Sukarelawan UMNO Sertai Misi Bantuan Ke Syria

KUALA LUMPUR, 20 Feb – UMNO mengambil cakna dan prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Syria ekoran dilanda gempa bumi awal bulan ini.

Komited dengan itu, sukarelawan UMNO bersama menyertai misi bantuan kemanusiaan pertama Malaysia ke Syria dengan menaiki dua pesawat pengangkut A400 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Misi penghantaran bantuan itu berlepas dari pangkalan udara Pangkalan Udara TUDM Subang pada Sabtu lalu dengan membawa kira-kira 60 tan ubat, makanan, selimut serta barangan keperluan lain.

Sukarelawan yang terlibat dalam misi kemanusiaan itu adalah 37 pegawai tentera dan awam dan dijadualkan pulang Rabu atau Khamis, namun bergantung kepada persediaan dan keselamatan mereka ketika di sana.

Dua pesawat pengangkut A400 milik TUDM itu dimaklumkan itu akan singgah di Chennai, India dan Muscat, Oman sebelum meneruskan misi bantuan tersebut.

Sehingga kini 45,000 orang terkorban akibat gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria dan akan terus melonjak dengan kira-kira 264,000 pangsapuri di Turkiye musnah manakala ramai lagi mangsa dilaporkan hilang dalam bencana paling dahsyat pernah berlaku di negara itu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.