Sama-Sama Pastikan UMNO Terus Subur Dalam Apa Jua Cabaran

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Ketua UMNO Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berharap UMNO bahagian berkenaan terus subur dan tidak mati di pertengahan jalan atau sebaliknya dalam usaha membawa obor perjuangan parti.

Sebagai Ketua UMNO bahagian kata beliau walau apa pun cabaran dan dugaan, UMNO bahagian tersebut perlu bergerak ke depan dengan sebaiknya demi perjuangan yang telah dibina sejak sekian lama.

“Sebelum ini Sesi Taklimat & Tatacara Persidangan Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Jelebu 2023 di Kompleks UMNO Jelebu, Simpang Pertang.

“Sebagai ketua bahagian, saya amat mengharapkan dan meminta supaya UMNO di Jelebu ini tidak akan mati, sebaliknya terus subur walau apa jua cabaran dan keadaan. Saya terbuka dan berlapang dada dalam sesi pemilihan di bahagian ini.

“Kami di Jelebu akan tetap mengekalkan semangat kekeluargaan walaupun ketika musim pemilihan parti. Yang penting, kita semua harus menjaga perjuangan UMNO yang kita warisi,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Beliau seterusnya mengajak agar ahli parti menyambung perjuangan berkenaan demi generasi yang seterusnya.

“Jangan dibakar rumah yang telah kita bina dan yang kita terima dari warisan nenek moyang. Ayuh sambung perjuangan ini untuk diwariskan kepada cucu cicit akan datang.” tambahnya.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.