Nasihat Buat PPBM… Biarkan SPRM Siasat – Saiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin mengingatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin agar berpolitik secara matang dan ‘gentleman’ serta boleh menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai contoh apabila akaun parti Bersatu dibekukan.

Menurut beliau setelah akaun parti berkenaan dibekukan, timbul pelbagai dakwaan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuklah kononnya agensi pencegahan rasuah itu menjadi alat politik menekan Bersatu.

“Mohon Ketua Pembangkang jangan melatah dan kekal tenang, ini proses biasa mengikut lunas undang-undang, jangan cepat menuduh dan ‘play victim’. Ikut rasmi Barisan Nasional, walaupun dah jadi kerajaan, jadi Perdana Menteri, tetap juga tak campur urusan mahkamah, malah ada juga pemimpin kami dihukum dan dipenjarakan.

“Mudah lupa beliau tentang tindakan Bersatu apabila menjadi kerajaan… menggunakan SPRM bagi memberi tekanan kepada UMNO dan pemimpinnya. Lepas PRU14, Bersatu lampiaskan dendam kesumat, akaun UMNO dibekukan, pemimpin-pemimpin diheret ke mahkamah atas tuduhan yang lemah dan tidak jelas, Latheefa Koya menyinga, Tommy Tommas mengganas, namun UMNO tetap tenang mengharungi proses ‘kezaliman’ ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO Online.

Kata beliau lagi begitu juga dengan dakwaan bahawa Kerajaan Madani Zalim apabila membekukan akaun parti menyebabkan gaji tidak boleh dibayar menimbulkan seribu satu persoalan.

“Empat tahun yang lalu bila kerajaan dimana Menteri Dalam Negeri datangnya dari Bersatu tak pun terfikir mcm mana UMNO nak bayar gaji bila akaunnya dibekukan?

“Pesanan saya pada Ketua Pembangkang, berpolitiklah dengan lebih matang dan ‘gentlemen’, contohi BN dulu yang berdepan dengan penganiayaan secara berdepan, beri kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, dalam pada masa yang sama perkuatkan semangat Ahli-ahli Parlimen utk terus bekerja untuk rakyat,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.