Hamzah Dipersoal…Kemukakan Bukti Untuk Rakyat Nilai Dan Elak Fitnah

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mempersoalkan apakah niat PN memberikan duit kepada  pengundi sewaktu pilihan raya baru-baru ini dan meminta Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakannya.

Menerusi hantarannya di Facebook, beliau turut meminta Setiausaha Agung Bersatu memberikan bukti  kononnya PN tidak rasuah pengundi semasa pilihan raya agar rakyat membuat penilaian serta mengelakkan fitnah jika mereka berkata benar.

“Cuba cerita sikit apakah niat PN beri duit kepada pengundi sewaktu pilihanraya itu, Hamzah? Dan kamu kata kamu ada bukti kukuh yang PN kononnya tidak rasuah pengundi semasa pilihanraya lepas.

“Jika benar, nyatakanlah bukti kukuh tersebut supaya rakyat boleh menilai dan untuk mengelak fitnah jika kamu benar. Dan jelaskan sekali berkenaan banyak video yang tular dan laporan polis yang dibuat berkenaan orang-orang PN beri duit kepada pengundi dan meminta penerima duit bersumpah atas nama Allah supaya undi Pas,” katanya.

Kata beliau lagi menggunakan nama Allah untuk merasuah pengundi adalah sesuatu yang keji., dan kemudian menipu untuk menutup amalan rasuah tersebut bukanlah sesuatu strategi yang baik, ia umpama menggali lubang yang lebih dalam untuk tanam diri sendiri.

“Usah memperguna dan menunggang agama untuk menghalalkan yang haram. Yang haram tetap haram. Allah maha mengetahui apa yang kamu dan rakan-rakan kamu buat. Bertaubatlah,” ujarnya.- UMNO Online