Ahmad Zahid Harap Keakraban Hubungan Masyarakat Bawa Negara Lebih Sejahtera

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat keakraban hubungan masyarakat negara ini amat penting untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih sejahtera.

Menerusi perkongsian di Facebooknya pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA hari ini, Ahmad Zahid seterusnya berharap hubungan berkenaan akan terus berkekalan.

“Bersama-sama YAB Perdana Menteri menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang.

“Dapat juga bertemu rakan-rakan kepimpinan Barisan Nasional dan Kerajaan Perpaduan dalam menikmati kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

“Perpaduan dan hubungan erat rakyat Malaysia ini penting dalam kita bersatu membawa negara ini lebih maju, makmur dan sejahtera,” katanya.

Kata beliau lagi semoga ikatan ukhuwwah itu akan terus berkekalan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.