Ahmad Maslan Kemuka Tujuh Langkah Kurangkan Hutang Negara RM1.5 Trilion

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Setiausaha Agung UMNO yang juga Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan memberi tujuh cadangan untuk mengurangkan hutang negara yang kini berjumlah RM1.5 trilion.

Kata Ahli Parlimen Pontian itu di Twitternya, antaranya adalah seperti menambah pendapatan negara, mengurangkan ketirisan seperti membendung rasuah dan mengetatkan penguatkuasaan contohnya menghapuskan penyeludupan.

Tambah Ahmad lagi, begitu juga dengan usaha mengurangkan ekonomi gelap, meningkatkan pendigitalan ekonomi dan mengelakkan segala bentuk pembaziran.

Terakhir, Ahmad mencadangkan agar dilaksanakan subsidi secara bersasar.

Semalam, ketika berucap di Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Putrajaya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hutang negara termasuk liabiliti sudah mencecah RM1.5 trilion dan ia perlu ditangani segera.

Justeru, tegas Anwar, kerajaan tidak akan mengambil pendekatan ‘business as usual’ dan akan mengambil pendekatan yang berbeza untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negara. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.