Reformasi Institusi Kehakiman Mesti Disegerakan… Kes Shahrir Samad Jadi Bukti

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berharap agar refomasi Institusi Kehakimahan disegerakan selepas terbukti banyak pendakwaan terpilih dilakukan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Jelasnya, kes Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad turut menjadi bukti kepada kekejaman Tommy Thomas dan ianya merupakan kezaliman yang tidak boleh dibayar.

“Bila agaknya Peguam Negara baharu akan dilantik? Pengguguran kes Shahrir Samad jadi bukti terlalu banyak kezaliman dilakukan oleh Tommy Thomas.

“Isunya, apakah Peguam Negara sekarang berkompromi dengan kepincangan itu? Apakah beliau mahu lepas tangan sehingga kontraknya tamat?” soalnya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu turut berpendapat agar Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mengambil cuti awal sebelum tamat kontrak kerana keadilan tidak boleh ditangguh.

“Kalau begitu, lebih baik cuti awal sebelum kontrak tamat. Keadilan tidak boleh ditangguh.

“Kes Shahrir berlangsung hampir tiga tahun. Ia kezaliman yang tidak boleh dibayar. Sebab itu reformasi institusi mesti disegerakan,” katanya lagi.

Pada Khamis lalu media melaporkan Mahkamah Tinggi hari mengarahkan supaya Tan Sri Shahrir Ab Samad dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Datuk Seri Najib Razak melalui sekeping cek kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan pihak pendakwaan dan pembelaan bekas Pengerusi FELDA itu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.