UMNO Sebati Politik Khidmat Bakti, Khaled Realitikan Bersama Rakyat Di Kota Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berbesar hati melakukan pertemuan bersama penduduk di kawasan berkenaan, semalam.

Beliau berikrar untuk membantu segala isu dan keperluan disuarakan oleh mereka pada perjumpaan tersebut.

“Mengadakan pertemuan pertama di hari pertama tahun 2023 dengan penduduk dan kepimpinan UMNO Cawangan di Kampung Sedili Besar.

“Pelbagai isu dan keperluan diutarakan dalam pertemuan tersebut. Insya-Allah akan sama-sama ikhtiar menyelesaikannya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau seterusnya meneruskan pertemuan di UMNO Cawangan di Felda Bukit Aping Barat.

“Dari Kampung Sedili Besar saya ke majlis pertemuan dengan penduduk-penduduk serta kepimpinan UMNO Cawangan di Felda Bukit Aping Barat. Saya gembira dimaklumkan penduduk di sini akan gerakkan koperasi untuk bangunkan ekonomi mereka.

“Pada masa yang sama memantapkan penyertaan dalam pengeluaran makanan bagi menyumbang kepada jaminan makanan negara.

“Saya berjanji untuk kembali ke kawasan ini untuk meninjau perlaksanaan dan kemajuannya,” ujar beliau.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Sedili merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Muszaide Makmor, kepimpinan cawangan dan masyarakat setempat. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.