Pulihkan UMNO, Harap Yang Terbaik Dan Terus Berusaha – Isham

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil mengakui tanggungjawab baru menjawat jawatan ini sebagai suatu yang mencabar.

Ketika menjawab respon pengguna Tiktok, Saha Ibrahim, beliau berkata baginya berbekalkan kesungguhan yang dimiliki, beliau percaya ianya akan dipermudahkan bgai meneruskan perjuangan dalam parti keramat ini.

“Terima kasih Saha kerana komen berkenaan macam mana hendak kita pulihkan UMNO, saya faham dan tahu bukan mudah tanggungjawab yang baharu saya galas ini, sebagai ketua penerangan UMNO memang susah.

“… tapi biasanya perkara yang baik itu memang susah untuk dibuat tetapi kalau kita ikhlas, istiqomah dan berusaha, insya-Allah, Allah akan bantu. Kita harap yang terbaik tetapi kena terus berusaha,” katanya menerusi hantaran video tersebut di Facebook.

Isham pada 20 Nov lalu dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baharu, perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agong, Datuk Seri Ahmad Maslan yang berkata, lantikan itu dibuat Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikut Fasal 9.6 Perlembagaan UMNO. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.