Ahmad Zahid Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-48 Kepada UTK

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan selamat ulang tahun ke-48 kepada Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berharap pasukan ini akan terus bersemangat dalam menyumbangkan bakti kepada mereka kepada negara tercinta.

“Saya ucapkan selamat ulang tahun UTK, PDRM sempena dengan ini, saya harapkan UTK sebagai sebuah pasukan elit di bawah PDRM harus terus tersohor sebagai sebuah unit yang bukan hanya menjaga tugas-tugas PDRM tetapi juga terus menjaga negara terutamanya VIP dan VVIP yang memerlukan bantuan kawalan.

“Namun saya yakin tugas UTK besar dan lebih berat daripada itu, mudah-mudahan ulang tahun ini akan terus memberikan semangat kepada seluruh pegawai dan anggota-anggota seluruh negara,” katanya menerusi hantaran video yang dikongsi beliau di Facebook. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.