Kerajaan Teliti Langkah Terbaik Kurangkan Bajet Defisit – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Kerajaan sedang meneliti langkah terbaik bagi mengurangkan bajet defisit yang akan diumum semasa pembentangan belanjawan penuh pada Februari 2023.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.

“Kerajaan tidak mengenakan cukai baharu, ia akan membebankan rakyat, bagaimanapun kerajaan perlu mencari alternatif meningkatkan pendapatan demi memastikan ekonomi negara terus berkembang.

“Justeru, langkah menambah hutang diambil bagi memastikan peruntukan pembangunan dan kesejahteraan ekonomi rakyat dapat dipenuhi. Bajet defisit berlaku akibat pandemik selama dua tahun.. ia sangat mencabar untuk mencari pendapatan baharu untuk kerajaan,” katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen.

Ia juga antara sebab kita terpaksa menaikkan kadar hutang statutori daripada 55 peratus kepada 60 peratus dan seterusnya 65 peratus kepada Keluaran Dalam Negada Kasar (KDNK), katanya.

Bagaimanapun, Ahmad berkata kerajaan tidak berhasrat menambah hutang negara yang kini berada antara 60 hingga 61 peratus KDNK.

Beliau berkata isu berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan juga tidak pernah dibangkitkan dan dibincangkan kerajaan. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.