Politik Stabil Manfaat Untuk Negara Dan Rakyat – Razlan

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Kewujudan Akta Lompat Parti dilihat boleh melegakan rakyat Malaysia apabila ianya telah mewujudkan politik yang stabil di dalam negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Mohd Razlan Mohd Rafii berkata hari ini, rakyat boleh bernafas lega apabila tamatnya sandiwara politik nombor selain keabsahaan sudah tercipta serta berakhir sudah polemik keabsahaan Perdana Menteri.

Menurut beliau walaupun sesi perbahasan di Parlimen yang panas namun hakikat sebenar, pembangkang tahu mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

“Wujudnya Akta Lompat Parti yang telah memberi kestabilan kepada politik negara. Datuk Seri Takiyuddin dan Wan Saiful yang mengakui PN berjaya mencuri 10 Ahli Parlimen BN dibongkar oleh mereka sendiri.

“Mereka tidak malu mengakui perkara itu kerana mereka sudah lali melakukan rompakan aset parti lain. Mereka menganggap langkah mengikat Ahli Parlimen terhadap sesebuah parti adalah autokratik, terus dengan perangai mahu memecah-belahkan BN.

“Perjanjian Persefahaman di antara PH, BN dan parti-parti lain tidak ada kena mengena dengan PN, namun Takiyuddin kononnya tahu bahawa ada parti BN yang tidak setuju. Sengaja mahu melaga-lagakan lagi BN dari dalam,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Beliau seterusnya berkata hentikanlah kerja-kerja mencuri Ahli Parlimen dan rakyat sudah muak dengan politik sedemikian rupa.

“Jadilah pembangkang yang berprinsip, buatlah semak dan imbang selama lima tahun ini. Berhentilah kerja-kerja mencuri Ahli Parlimen lagi.

“Rakyat sudah muak dan mahu keluar dari permasalahan politik yang berpanjangan,” tambahnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.