Terima Kasih Jentera Parti, Gerak Kerja Terbaik Kekal Kemenangan BN Di Tioman

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merakamkan penghargaan beliau kepada jentera Barisan Nasional (BN) yang bertungkus lumus sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Katanya kemenangan yang diperolehi BN adalah gerak kerja yang begitu jitu dilakukan kepimpinan serta jentera parti.

“Tahniah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; ADUN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain, semua jentera BN bersama parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“BN menang dengan 573 undi majoriti. Terima kasih kepada pengundi dan rakyat dalam kawasan DUN Tioman.

“Terima kasih kerana setuju jadi kerajaan dan bukan pembangkang demi penerusan pembangunan kawasan dan manfaat rakyat,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Terdahulu, BN mempertahan kerusi Tioman pada PRU15 semalam dengan majoriti 573 undi.

Calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain yang juga penyandang kerusi itu memperoleh 8,080 undi sekali gus menang untuk penggal keempat. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.