Alhamdulillah BN Menang Di DUN Tioman – Isham

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil meluahkan kesyukuran dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Katanya, kemenangan yang diperoleh BN itu juga mencatatkan peningkatan undian berbanding pada PRU15 bagi kerusi Parlimen.

“Alhamdulillah BN telah menang di DUN Tioman. Berdasarkan undi Parlimen di DUN ini pada PRU15 bulan lepas, kita telah kalah kepada PN dengan majoriti 367 undi, tapi kali ini kita menang dengan majoriti 573 undi,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook.

Terdahulu, BN mempertahan kerusi Tioman pada PRU15 semalam dengan majoriti 573 undi.

Calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain yang juga penyandang kerusi itu memperoleh 8,080 undi sekali gus menang untuk penggal keempat. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.